Sabtu, 29 September 2012

Tugasan: Pembangunan Blog P&P (30%)


Inilah tugasan ku yang perlu dilaksanakan. Walaupun sukar bagiku menghasilkan blog ini namun ku teruskan usaha bagi menjayakannya kerana USAHA ITU TANGGA KEJAYAAN.

Tarikh penilaian akhir pada  14 Disember 2012
Blog anda perlu aktif dan dihantar pada Tapak Tugasan MyGuru3 pada  15 November 2012

Secara individu, pelajar dikehendaki membina blog Pengajaran & Pembelajaran bagi satu topik pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan pelajaran dari Kementerian Pelajaran Malaysia. Syarat berikut perlu dipatuhi:
1.    Pelajar boleh menggunakan platform Blogspot (Blogger) atau Wordpress.
2.    Pilihan matapelajaran hendaklah berdasarkan mata pelajaran utama yang ditugaskan di sekolah.
3.    Pastikan nama, foto pemilik blog, nombor matrik dan tajuk blog diletakkan di muka hadapan blog. Blog yang dibangunkan hendaklah aktif dan sentiasa dikemaskini sebelum tarikh akhir penilaian tugasan blog.
4.    Blog perlu mengandungi perkara-perkara berikut:
·      Bahan pembelajaran seperti nota, soalan latihan, aktiviti di dalam kelas dan sebagainya.
·      Gambar
·      Audio
·      Video
5.    Libatkan pelajar, ibubapa dan rakan guru yang lain untuk memberi komen pada kandungan yang dipaparkan.
6.    Sediakan pautan kepada laman sosial dan repositori bahan pengajaran seperti Facebook, Scribd, bahan Powerpoint, Prezi dan mana-mana format yang sesuai.

Tugasan blog hendaklah dihantar melalui Tapak Tugasan 3 dalam Myguru3.
Markah bagi tugasan ini diberikan berdasarkan kriteria berikut:

KRITERIA
MARKAH
Isi kandungan blog serta kualiti penyampaian
15%
Senireka blog dan kerativiti
10%
Pandangan dan komen daripada pelawat blog
5%
JUMLAH
30



PERINGATAN
Plagiat bagi mana-mana tugasan adalah dilarang sama sekali. Sekiranya pelajar didapati meniru/menipu dalam mana-mana tugasan boleh dikenakan tindakan tatatertib serta hukuman setimpal dengan kesalahan.

7 ulasan:

  1. cantiklah akak punya...sy punya simple je....

    BalasPadam
  2. Kalau cantik alhamdulillah.Akak pun baru je belajar bak kata orang baru bertatih hehehe.Sama-samalah kita buat blog ni sehabis baik. Semoga ia memberi manfaat kepada kita semua insyaallah.

    BalasPadam
  3. salam sejahtera....
    sgt menarik dan menyeronokkan....blh ajar sikit?

    BalasPadam
  4. Terima kasih Lilian lucy. Saya pun baru belajar buat blog ini. Saya perlu berterima kasih kepada rakan saya Cikgu Aidairyanti yang menunjuk ajar cara membuat blog ini sehingga saya boleh menghasilkannya sendiri. Ianya merupakan suatu pengalaman baru buat saya. Saya akan berusaha untuk menambah bahan P&P dalam blog ini.

    BalasPadam
  5. wah....cantik blog. banyak juga input...

    BalasPadam
  6. Terima Kasih. Alhamdulillah, kalau tidak kerana kita belajar Teknologi Maklumat, tentu saya tidak akan buat blog seperti ini.

    BalasPadam
  7. informatif blog cikgu ni..tahniah..

    BalasPadam