Selasa, 2 Oktober 2012

Pantun Teka-Teki Berkaitan Tambah

Belajar Matematik amat menyeronokkan.  Kita boleh gunakan pelbagai kaedah dan teknik bagi mengelakkan murid-murid merasa bosan.  Salah satu daripadanya ialah dengan pantun teka-teki. Mari ! Mari! Mari!

Soalan:

Cantik sungguh kereta Kenari,                                                   13 + 4 = ?
Dibeli oleh seorang nyonya,
Kalau anda bijak bistari, 
Tiga belas tambah empat apa jawapannya ?

Jawab jangan tak jawab....agak-agak ada tak yang nak jawab pantun ini ?  Saya ada satu lagi pantun.  Dengar ye...

Makan tempe dengan tauhu,                                                          24 + 9 = ?
Ubi kayu cicah kelapa,
Saya di sini ingin nak tahu,
Dua puluh empat tambah sembilan sama dengan berapa ?

Cukuplah 2 pantun dulu.  Nanti lain kali saya akan masukkan lagi.  Aktiviti ini kita boleh jalankan semasa aktiviti kumpulan dijalankan.  Kira gabungjalin dengan mata pelajaran Bahasa Melayu la ni. Baiklah kawan-kawan. Semoga berjumpa lagi di lain masa. Selamat mencuba.





5 ulasan: