Sabtu, 29 September 2012

Persekitaranku Matematik

Matematik adalah satu subjek yang kita sentiasa aplikasikan dalam kehidupan seharian namun kita tidak sedar bahawa itu sebenarnya matematik. Kehidupan kita sentiasa berlegar-legar dengan nombor, duit, ukuran, isipadu dan sebagainya. Setiap manusia perlu mempelajari matematik sebab tanpanya kita tidak akan memahami bahawa matematik itu sebenarnya sesuatu yang indah. Jika kita pergi ke kedai untuk membeli barangan sudah tentu kita akan bertemu dengan operasi tambah dan tolak.


Seorang tukang masak tidak akan dapat menghasilkan sebiji kek yang sedap jika dia tidak belajar tentang isipadu dan jisim.Sukatan yang salah akan menyebabkan kek tersebut tidak menjadi seperti yang diingini. Di sini menunjukkan bahawa semua orang memerlukan pembelajaran matematik.
































Seorang tukang jahit pasti tidak dapat menghasilkan sepasang baju yang cantik tanpa ukuran yang betul dan tepat. Sudah tentu mereka perlu mempelajari ukuran sebelum menjadi seorang tukang jahit yang mahir. Tanpa ukuran bukan hanya baju malah sebuah rumah pun belum tentu boleh dibina oleh seorang tukang rumah.



Oleh yang demikian, kita harus menguasai ilmu matematik agar dapat digunakan dalam kehidupan seharian. Matematik bukanlah satu subjek yang susah malah satu subjek yang mudah dipelajari.

2 ulasan:

  1. Terima kasih. Pada permulaan sesi pengajaran dan pembelajaran, kita boleh terangkan kepada murid kepentingan matematik dalam kehidupan seharian supaya mereka lebih berminat untuk belajar matematik.

    BalasPadam