Seorang tukang masak tidak akan dapat menghasilkan sebiji kek yang sedap jika dia tidak belajar tentang isipadu dan jisim.Sukatan yang salah akan menyebabkan kek tersebut tidak menjadi seperti yang diingini. Di sini menunjukkan bahawa semua orang memerlukan pembelajaran matematik.
Seorang tukang jahit pasti tidak dapat menghasilkan sepasang baju yang cantik tanpa ukuran yang betul dan tepat. Sudah tentu mereka perlu mempelajari ukuran sebelum menjadi seorang tukang jahit yang mahir. Tanpa ukuran bukan hanya baju malah sebuah rumah pun belum tentu boleh dibina oleh seorang tukang rumah.
Oleh yang demikian, kita harus menguasai ilmu matematik agar dapat digunakan dalam kehidupan seharian. Matematik bukanlah satu subjek yang susah malah satu subjek yang mudah dipelajari.
IDEA yang kreatif.
BalasPadamTerima kasih. Pada permulaan sesi pengajaran dan pembelajaran, kita boleh terangkan kepada murid kepentingan matematik dalam kehidupan seharian supaya mereka lebih berminat untuk belajar matematik.
BalasPadam