Sabtu, 29 September 2012
Persekitaranku Matematik
Seorang tukang masak tidak akan dapat menghasilkan sebiji kek yang sedap jika dia tidak belajar tentang isipadu dan jisim.Sukatan yang salah akan menyebabkan kek tersebut tidak menjadi seperti yang diingini. Di sini menunjukkan bahawa semua orang memerlukan pembelajaran matematik.
Seorang tukang jahit pasti tidak dapat menghasilkan sepasang baju yang cantik tanpa ukuran yang betul dan tepat. Sudah tentu mereka perlu mempelajari ukuran sebelum menjadi seorang tukang jahit yang mahir. Tanpa ukuran bukan hanya baju malah sebuah rumah pun belum tentu boleh dibina oleh seorang tukang rumah.
Oleh yang demikian, kita harus menguasai ilmu matematik agar dapat digunakan dalam kehidupan seharian. Matematik bukanlah satu subjek yang susah malah satu subjek yang mudah dipelajari.
Tugasan: Pembangunan Blog P&P (30%)
Inilah tugasan ku yang perlu dilaksanakan. Walaupun sukar bagiku menghasilkan blog ini namun ku teruskan usaha bagi menjayakannya kerana USAHA ITU TANGGA KEJAYAAN.
Tarikh penilaian akhir pada
14 Disember 2012
Blog anda perlu aktif dan dihantar pada Tapak Tugasan
MyGuru3 pada 15 November 2012
Secara individu, pelajar
dikehendaki membina blog Pengajaran & Pembelajaran bagi satu topik
pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan pelajaran dari Kementerian
Pelajaran Malaysia. Syarat berikut perlu dipatuhi:
1.
Pelajar boleh menggunakan platform Blogspot (Blogger) atau Wordpress.
2.
Pilihan
matapelajaran hendaklah berdasarkan mata pelajaran
utama yang ditugaskan di sekolah.
3.
Pastikan nama,
foto pemilik blog, nombor matrik dan tajuk blog diletakkan di muka hadapan
blog. Blog yang dibangunkan hendaklah aktif dan sentiasa
dikemaskini sebelum tarikh akhir penilaian tugasan blog.
4.
Blog perlu mengandungi perkara-perkara berikut:
· Bahan pembelajaran seperti
nota, soalan latihan, aktiviti di dalam kelas dan sebagainya.
· Gambar
· Audio
· Video
5.
Libatkan
pelajar, ibubapa dan rakan guru yang lain untuk memberi komen pada kandungan
yang dipaparkan.
6.
Sediakan pautan
kepada laman sosial dan repositori bahan pengajaran seperti Facebook, Scribd,
bahan Powerpoint, Prezi dan mana-mana format yang sesuai.
Tugasan blog hendaklah
dihantar melalui Tapak Tugasan 3 dalam Myguru3.
Markah bagi tugasan ini
diberikan berdasarkan kriteria berikut:
KRITERIA
|
MARKAH
|
Isi kandungan blog serta
kualiti penyampaian
|
15%
|
Senireka blog dan
kerativiti
|
10%
|
Pandangan dan komen
daripada pelawat blog
|
5%
|
JUMLAH
|
30
|
PERINGATAN
Plagiat bagi
mana-mana tugasan adalah dilarang sama sekali. Sekiranya pelajar didapati
meniru/menipu dalam mana-mana tugasan boleh dikenakan tindakan tatatertib serta
hukuman setimpal dengan kesalahan.
Langgan:
Catatan (Atom)