Saringan 6 untuk murid LINUS sudah bermula. Sudah tentu orang yang paling risau adalah guru LINUS sendiri iaitu saya. Harapan saya tinggi menggunung... semoga keempat-empat orang murid LINUS kesayangan saya akan melepasi saringan ini. Insyaallah.
Selasa, 2 Oktober 2012
Saringan 6 Numerasi Lisan Tahun 2
Pantun Teka-Teki Berkaitan Tambah
Belajar Matematik amat menyeronokkan. Kita boleh gunakan pelbagai kaedah dan teknik bagi mengelakkan murid-murid merasa bosan. Salah satu daripadanya ialah dengan pantun teka-teki. Mari ! Mari! Mari!
Soalan:
Cantik sungguh kereta Kenari, 13 + 4 = ?
Dibeli oleh seorang nyonya,
Kalau anda bijak bistari,
Tiga belas tambah empat apa jawapannya ?
Jawab jangan tak jawab....agak-agak ada tak yang nak jawab pantun ini ? Saya ada satu lagi pantun. Dengar ye...
Makan tempe dengan tauhu, 24 + 9 = ?
Ubi kayu cicah kelapa,
Saya di sini ingin nak tahu,
Dua puluh empat tambah sembilan sama dengan berapa ?
Cukuplah 2 pantun dulu. Nanti lain kali saya akan masukkan lagi. Aktiviti ini kita boleh jalankan semasa aktiviti kumpulan dijalankan. Kira gabungjalin dengan mata pelajaran Bahasa Melayu la ni. Baiklah kawan-kawan. Semoga berjumpa lagi di lain masa. Selamat mencuba.

Langgan:
Catatan (Atom)